Umum mengetahui, baru-baru ini suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman berdepan pertuduhan selepas didakwa menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia lima tahun lalu.
Susulan itu, netizen mengaitkan dengan apa yang berlaku atas perbuatannya menceraikan isteri pertama selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.
BACA: Muflis & Hidap Beberapa Penyakit, Suami Miera Liyana Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mendakwa ahli perniagaan itu memilih menceraikan isteri pertamanya selepas kehadiran wanita kedua dalam hidupnya.
“Kifarah.. Ingat lagi tak kisah isteri pertama Rosland, suami kepada Miera? Selepas 28 tahun hidup bersama, menempuh susah dan senang sebagai suami isteri, lelaki itu memilih untuk menceraikan isteri pertamanya selepas kehadiran wanita kedua dalam hidupnya.
“Namun kini, roda kehidupan kembali berputar. Roslan dilaporkan didakwa atas pertuduhan memberikan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia dan beliau juga dikatakan sudah muflis. Jangan lupakan orang yang susah senang bersama dgn kita,” tulisnya.
Terdahulu, peguam mewakili Rosland merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin lebih rendah berikutan anak guamnya telah diisytiharkan muflis pada tahun 2023 serta menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.






