MUFT optimis hadapi Liga A1 dengan barisan terbaik

MUFT optimis hadapi Liga A1 dengan barisan terbaik


Mohd Yazli (kanan) ketika memberikan penerangan kepada pemain-pemain semasa sesi pemilihan tersebut.

SERAMAI 159 pemain dari seluruh negara telah menyertai sesi pemilihan Malaysian University Football Team (MUFT) bagi saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26 di Arena 5, Padang Bolasepak Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, yang berakhir pada Khamis.

Sesi pemilihan ini juga bertujuan bagi menyiapkan pasukan gabungan dalam kalangan pemain institut pengajian tinggi (IPT) untuk kejuaraan kompetitif antarabangsa.

Pengendali MUFT, Mohd Yazli Yahya, menjelaskan bahawa pemilihan ini melibatkan pasukan gabungan dalam kalangan pemain institut pengajian tinggi negara.

Beliau turut menyatakan bahawa tahap persaingan pada tahun ini adalah sangat tinggi dengan kehadiran ramai pemain yang menunjukkan kemahiran dan semangat kesukanan luar biasa.

“Kami melihat peningkatan dari segi kualiti permainan dan kecergasan fizikal berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini menunjukkan komitmen tinggi para pemain dalam memburu tempat dalam pasukan MUFT,” katanya.

Sebagai rekod, proses pemilihan telah dikendalikan oleh tujuh panel pemilihan profesional yang terdiri daripada tokoh sukan universiti dan kolej bersekutu.

Antaranya termasuklah Dekan Fakulti Sains Sukan UiTM, Profesor Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin; Faziallah Mamat dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Hairul Nizar Nur Halim dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Hairy Azly Mahamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Mohd Zaharull Hamdan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Raja Noorzihan Raja Ab Kadir dari Majlis Sukan Politeknik Malaysia; dan Wan Mohd Jefri Wan Hussin dari Kolej Komuniti Selandar.

INFO

Liga A1 Semi-Pro 2025/26

1. Armed Forces FC

2. Manjung City FC

3. Imigresen FC II

4. Johor Darul Ta’zim II

5. Selangor FC II

6. Kelantan WTS FC

7. Kedah FA

8. Machan FC

9. Kelantan Red Warriors FC

10. Bunga Raya FC

11. Malaysian University Football Team

12. Persatuan Bolasepak Perak

Tiga pasukan diberikan kelulusan bersyarat

13. Kedah Darul Aman (KDA)

14. Guar Syed Alwi (GSA FC)

15. Seoul Phoenix FC (Korea Selatan)



Source link

OR

Scroll to Top