MUFT tekad cipta kejutan di Liga A1

MUFT tekad cipta kejutan di Liga A1


MUFT sudah bersedia memberikan cabaran dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini. Foto FB MALAYSIAN UNIVERSITY FOOTBALL TEAM

MALAYSIAN University Football Team (MUFT) tampil dengan keyakinan tinggi menjelang perlawanan sulung Liga A1 Semi-Pro menentang naib juara Liga A2 musim lalu, Kelantan WTS FC di Kota Bharu malam ini.

Meskipun bakal berdepan cabaran lebih sengit berbanding musim terdahulu, pengendali MUFT, Yazli Yahya menegaskan anak buahnya tidak gentar, malah bersedia memberi saingan terbaik termasuk kepada kelab-kelab elit seperti Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Selangor II dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

“Saingan musim ini sememangnya lebih mencabar, namun peluang yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk kami bersaing di Liga A1 adalah satu penghormatan yang tidak boleh disia-siakan.

“Kami mahu membuktikan bahawa MUFT bukan sekadar pelengkap liga. Kami mampu bersaing dan tidak mustahil untuk mencipta kejutan sepanjang musim ini,” katanya Sukan Sinar.

Mengulas aksi pertama menentang Kelantan WTS di laman lawan, Yazli menjangkakan sedikit tekanan namun yakin anak buahnya mampu mengawal situasi tersebut.

“Situasi di Kota Bharu pasti mencabar buat kami tetapi saya percaya pemain-pemain telah bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Kami akan berusaha sekurang-kurangnya untuk membawa pulang satu mata dan itu akan jadi permulaan yang baik untuk kami,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top