Muhaimin prospek emas Sukan Sea 2025

Muhaimin prospek emas Sukan Sea 2025

Muhaimin prospek emas Sukan Sea 2025



saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) meletakkan sandaran kepada juara FIFAe World Cup 2024 Ft eFootball Mobile, Ahmad Muhaimin Razak sebagai prospek untuk memenangi pingat emas di Sukan Sea Thailand 2025.

Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin berkata, Ahmad Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe dilihat mempunyai peluang cerah untuk menghadiahkan kemenangan kepada kontinjen negara berdasarkan prestasi semasanya.

“eFootball memang antara enam permainan yang akan dipertandingkan di Sukan Sea Thailand. Jadi kami lihat Minbappe antara prospek kita untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Sea nanti.

“Kali terakhir kita dapat emas dalam acara e-sukan adalah menerusi Dr Yew Weng Kean pada edisi 2019 di Filipina,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2024, hari ini.

Minbappe yang mewakili skuad FAM eRimau, merangkul hadiah wang tunai RM80,0000 selepas mengatasi Maghribi 2-0 pada kejohanan itu, minggu lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin yang merasmikan Jelajah Juara Esports Malaysia hari ini berkata, saingan memasuki edisi kedua itu adalah kejohanan yang fokus kepada pembangunan bakat.

Katanya, peserta terbabit dengan kejohanan itu dilihat berpeluang untuk mewakili negara pada temasya sukan atau pertandingan di masa akan datang.

“Saya tidak menolak mungkin ada antara mereka akan mewakili negeri masing-masing di Sukan Malaysia (Sukma) ataupun mewakili negara di temasya atau kejohanan e-sukan. Jadi kita akan lihat perkembangan mereka nanti,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top