Pelakon, Diana Danielle memaklumkan keadaan kesihatan anak sulungnya, Muhammad, 13, kini semakin baik apabila sudah pulih kira-kira 80 peratus selepas mengalami penyakit saraf, Bell’s Palsy.
Memetik laporan Berita Harian, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata Muhammad juga sudah kembali ke sekolah dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.
Syukur anak pulih 80 peratus
Screenshot
“Keadaan kesihatan Muhammad sekarang belum betul-betul pulih 100 peratus, dia belum boleh senyum penuh lagi dan mata pun tak boleh tutup penuh lagi tapi ubat yang dibekalkan doktor sudah habis di makan.
“Buat masa ini, dia perlu banyak buat senaman otot pada bahagian mukanya setiap hari untuk aktifkan semula saraf,” katanya ketika ditemui pada majlis Her Series Raya Gathering.
Mengulas lanjut, pelakon filem Imaginur itu berkata pengalaman berdepan penyakit saraf membuatkan Muhammad kini lebih peka terhadap kesihatannya, terutama apabila mengalami demam atau selsema.
Screenshot
“Dia kena selsema sikit selepas bermain bola sepak ketika cuaca panas, baru-baru ini dan balik rumah dia terus cepat-cepat makan ubat.
“Kalau dulu, kita yang kena paksa dia makan ubat tapi sekarang dia lebih peka soal kesihatan dan tidak perlu nak diingatkan.
“Sebagai ibu, saya akan sentiasa memantau keadaan kesihatan anak-anak kerana bimbang macam-macam virus merbahaya sekarang termasuk menjaga pemakanan dan tingkatkan pengambilan vitamin untuk mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Diana turut berkongsi mengenai aktiviti Ramadan anaknya yang tetap berhasrat menunaikan puasa penuh walaupun masih dalam proses pemulihan.
Screenshot
Artikel lain: Anak minat bidang lakonan, Diana Danielle enggan beri kebenaran ceburi industri seni
“Saya juga beritahu padanya jika tidak larat dia tidak perlu puasa kerana berat badannya juga sudah turun sebanyak lapan kilogram susulan penyakit saraf berkenaan.
“Tapi dia tetap mahu berpuasa kerana Farid memang tegas dalam perkara itu, begitu juga adiknya, Aurora yang sudah masuk tahun kedua berpuasa penuh berkat disiplin bapanya,” tambahnya lagi.
Sumber: Berita Harian (Ramlah Zainal)






