Muhyiddin pelik, isu nasional tak laku bawa isu peribadi pula – Puad

Muhyiddin pelik, isu nasional tak laku bawa isu peribadi pula – Puad


KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan pelik memainkan isu yang mendakwa beliau sepatutnya menjadi Perdana Menteri ke-10 semasa kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu mendakwa beliau sudah cukup mendapat sokongan daripada 115 ahli Parlimen, dan Yang di-Pertuan Agong sepatutnya memanggilnya mengangkat umpah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa, kenyataan itu bohong kerana Muhyiddin hanya ada sokongan 105 ahli Parlimen sahaja.

“10 lagi curi dari BN (Barisan Nasional). Tetapi mereka tarik diri dengan SD (akuan bersumpah) baru. SD itu sudah ada di Istana bila Muhyiddin maklum pada YDP Agong dia ada 115 MP. Itu Muhyiddin tidak cerita,” kata Puad.

Puad yang juga Speaker Dewan Negeri Johor mempersoalkan tindakan Muhyiddin mengheret Yang di-Pertuan Agong ke-16 di PRK Nenggiri.

“Kenapa bohongi rakyat di Nenggiri? Isu Nasional tak laku bawa isu peribadi pula,” soal Puad lagi. – MalaysiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top