“Muka Cantik, Handbag Mahal, Perfume Bau Kuat Tapi Keluar Tandas Tak Cuci Tangan”

“Muka Cantik, Handbag Mahal, Perfume Bau Kuat Tapi Keluar Tandas Tak Cuci Tangan”


Pelakon, dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi pendapatnya mengenai wanita yang tidak mencuci tangan apabila keluar dari tandas.

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda bagaimanapun memilih untuk berfikiran positif serta beranggapan wanita tersebut telah mencuci tangan atau sekadar membetulkan baju di dalam tandas.

BACA: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan 4 Bulan

Ayda turut menitipkan pesanan agar sentiasa mengepam atau flush tandas sebaik saja selesai menggunakan.

“Bila gadis cantik, handbag mahal, perfume bau kuat tapi bila keluar toilet tak cuci tangan, betul-betul rambut depan sink, terus jalan. 

“Husnuzon, mungkin dia dah cuci tangan guna air atau tisu basah  dalam tandas atau dia masuk untuk betulkan baju je dan keluar. Apa-apa pun jangan lupa flush,” tulisnya.

Perkongsian Ayda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsikan pengalaman mungkin wanita tersebut membetulkan baju namun ada yang tidak faham dengan individu yang tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.






Source link

OR

Scroll to Top