Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.


Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.


Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.
Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.


Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
Idea Penubuhan Salun Muslimah
“Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.
“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.
“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”


Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.
“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.
BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah
Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.
“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.
“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”
Kehidupan Sebagai Womenpreneur
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?
“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.
“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.
“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”
Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.
Petua Rambut Sihat Ala Yulia Astuti
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.
Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
Tip Urus Bisnes & Kewangan
“Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.
“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”


Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.
“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”
Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!


Kalau beberapa hari lepas pengasas Tudung Ruffle Hanis Arif sudi berkongsi wajah puteri sulungnya di media sosial. Dan hari ini instafamous yang juga influencer popular, Syafiqah Aina pula berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama. Dan pastinya itulah berita paling ditunggu-tunggu pasangan ini yang sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga di penghujung tahun 2018.
Dia yang kini mempunyai follower hampir sejuta berkata untuk tahun 2018 ini Allah telah memberi banyak sangat kepada dirinya dan mengharapkan semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang.
Syafiqah Aina yang juga founder jenama produk NSA BEAUTY menulis dalam posting terbarunya dan berita gembira itu juga diterima baik oleh netizen.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya dan berharap dapat menjaga kandungan yang sudah memasuki second trimester ini sebaik mungkin.
Comel sangat baby bump


Doakan yang terbaik


Semoga Aina & baby sihat selalu


Dia juga turut memberitahu betapa besarnya kuasa doa. Sebelum dirinya disahkan hamil, Syafiqah banyak berdoa dan ternyata Allah mendengar dan makbulkannya.
Justeru itu dia turut berpesan kepada followernya supaya mengambil kesempatan untuk berdoa pada masa yang mustajab dan jangan sesekali memandang rendah kepada kuasa doa.
Selain itu Syafiqah Aina turut memohon netizen mendoakan agar Alah permudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan melindungi serta memelihara dirinya dan baby dalam kandungan.
Sebelum itu ada yang bertanya tetapi ketika itu dia belum bersedia untuk memberitahu kepada orang lain. Malah ketika mahu mengumumkannya secara rasmi di media sosial juga dia agak berdebar mungkin disebabkab rezeki pertama menjadikan drinya terlalu overprotective.
Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang
Mungkin ramai yang tanya sebelum ni but I’m not ready yet to tell everyone. Ni nak bagitahu orang pun tak tahu kenapa hati berdebar debar. Maybe sbb ni rezeki pertama, jadi terlalu overprotective. Risau ada, takut ada. Alhamdulillah, I’m in my 2nd trimester
Semoga yang baik baik kalian doakan, semoga Allah permudahkan jalan, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga Allah sentiasa lindungi & pelihara Aina dan baby dan semoga Allah jauhkan dari yang bukan bukan.
&& Semoga doa baik kalian dibalas dengan beribu ribu kebaikan
Aina percaya sangat doa orang lain juga yang bawa banyak rezeki pada Aina & Hafiz. And always be clear, transparent and specific in every duas you make (cara doa yg lebih specific ni Aina ubah sebulan before pregnant dan Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan). Ambil la kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas.
*Ignore baby cot belakang tu, pinjam orang punya sbb ada kerja haritu
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQAH AINA


Setelah hampir 6 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya pasangan popular Fizo Omar dan Mawar Fareeda mengambil keputusan untuk berpisah. Pasangan ini yang berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.
Sebelum ini hanya terdengar desas desus mengenai kemelut rumah tangan pasangan ini tetapi tiada kenyataan rasmi di buat.
Dan hari ini ikatan yang terjalin selama empat tahun sebagai suami isteri akhirnya terlerai setelah Fizo atau nama sebenarnya Wah Hafizol Wan Omar, 34 tahun melafazkan talak satu kepada Mawar Abdul Karim, 30 tahun.
Sementara itu dalam laporan Berita Harian, bekas isteri Fizo Omar, Mawar menafikan mereka bercerai disebabkan ego atau harta, sebaliknya menyifatkan ia sebagai ruang memperbaiki diri masing-masing.
Mawar yang juga pengusaha tudung terkenal berkata, dia dan Fizo sudah berusaha sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan mereka, namun reda apabila takdir tidak menyebelahi.
“Selama enam tahun bersama, kami sudah cuba menyelamatkan perkahwinan ini, namun mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo.
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga. Bukan saya tidak mencuba, tetapi saya reda dan pasrah. Ada hikmah atas apa yang terjadi ini dan ia menjadi bekalan terbaik untuk masa depan kami,” katanya.
Dalam pada itu, dalam Instagram Mawar, ramai netizen yang melemparkan pelbagai komen rentetan dari perceraian pasangan cukup popular ini.
Malah ada antaranya yang pernah melalui pengalaman sama dan memberi nasihat yang baik kepada Mawar.
mar__diaz It’s okay mawar. Enam tahun lepas sy lalui pengalaman lebih kurang sama. Terpaksa berkorban, berundur demi kebahagiaan suami & keluarganya. Alhamdulillah bekas suami sgt sygkan anak, bergilir jaga custody dan kami tetap baik sehingga skrg. Now im happy with my single life taking care of Adriana my special angel. Sy tetap bersyukur andai Allah takdirkan hanya Adriana zuriat sy walau tak sempurna. Literally, life is all about sacrifice. You gotta do what you gotta do. Yakin aturan Allah adalah yg terbaik. Sy percaya mawar kuat lalui ujian ini kerana Allah tahu mawar mampu lalui semua ini. Stay strong and keep praying for the best. Syukur Alhamdulillah jika ini yg trbaik buat mawar dan semua pihak. Dont worry, In shaa Allah, everything will be okay, maryam will be fine.
Sementara itu, netizen lain juga turut memberi kata-kata semangat kepada Mawar untuk meneruskan kehidupan ini demi anak mereka.
Strugle nak dapat anak, tapi kemudiannya bercerai
mdhvnrdn Punye la struggle nak dapat maryam..last2 cerai..dh tkde jalan lain ke nk selesai masalah? Sian maryam
Perceraian ini paling sedih
alyaaddeena4080 Banyak2 perceraian…cerai ni paling aku sedih..!!?kesian…ak xbole nk blame sapa2…dua2 baik..sama cantik sama padan..
teena.closette Sedih sangat dengan berita ni. You guys were so beautiful together. Adore sangat mawarfizo sejak dari zaman saya study. Stay strong. Semoga yg baik2 saje utk kalian
Moga ada jodoh lagi
cipahkawaiiee Sedihnya.. .. Klau boleh berbaik.. Berbaiklah demi maryam.. Sy doakan Moga segala urusan dipermudahkan.. Moga jodoh kalian masih ada & berpanjangan hingga syurga
Stay strong Mawar
newlooksmiracle Stay strong Mawar
inntannlyaannaa Stay strong
mazlin_baharin Stay strong mawar
Apa terjadi ada hikmahnya
hajirahhafiz_ Spe la kte nie nk bckp hal rumh tangga org,jge rumh tangga kte dlu..kte pnye p’akhiran nnti xtau lg mcm mne..dyeorg bcerai pon cara baik,mawar pon still fllow fizo lagi..doa jela yg baik2 utk dyeorg..semua terjadi tu ade hikmah..jgn la komen psl ank,cmne dyeorg brusaha dpt ank tu sume,dh smpai sni je jdoh dyeorg..doa jela yg baik2 utk dri kte n dyeorg b2..
n.scss Semoga mawar tabah. Akan ada yg lebih baik dan hikmah di sebalik smua yg berlaku


Khasiat buah kurma memang diakui seantero dunia. Dan buah kecil ini memang sangat disunatkan untuk makan sebelum berbuka puasa.
Selain untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa, rupa-rupanya terdapat 20 lagi rahsia perubatan tradisi di sebalik buah kurma.
Tak kisahlah beli yang mahal atau murah, apa yang penting sebelum jamah kena kopek dulu. Bimbang ada pula serangga kecil di dalamnya seperti yang viral satu masa dahulu.


Nah, ini dia 20 petua amalan tradisi menggunakan kurma. InsyaAllah hasilnya berkesan.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]1. Denggi berdarah[/su_highlight]
Ambil 500 gm kurma dan 5 gelas air. Kisar sehingga hancur. Kemudian minum segelas bagi setiap satu jam selama sehari.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]2. Cirit birit[/su_highlight]
Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum tiga kali sehari.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]3. Insomnia[/su_highlight]
Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]4. Meningkatkan stamina[/su_highlight]
Celur kurma dalam segelas air sehingga mendidih. Kemudian tambahkan susu dan madu secukup rasa. Minum setiap kali hendak tidur.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]5. Menghilangkan rasa mual[/su_highlight]
Cincang atau lumatkan buah kurma. Rebus dalam air mendidih. Kemudian minum air tersebut ketika masih panas.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]6. Mengelakkan cacing dalam perut[/su_highlight]
Makan beberapa biji kurma pada waktu pagi ketika perut masih kosong.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]7. Radang usus[/su_highlight]
Ambil Sembilan biji kurma gred A dan buah bijinya. Rendam dalam air panas. Kemudian kisar dengan 500 ml susu berkalsium tinggi dan diminum. Amalkannya sehingga sembuh.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]8. Sakit perut[/su_highlight]
Rebus beberapa biji kurma. Kemudian hancurkan dan campur dengan susu kambing atau susu lembu asli segar. Minum dua kali sehari.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]9. Sembelit[/su_highlight]
Rendam beberapa biji kurma semalaman. Kemudian minum air rendaman itu pada waktu pagi.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]10. Bengkak kaki[/su_highlight]
Tumbuk kurma berserta bijinya. Kemudian campurkan resin sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada kaki bengkak.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]11. Batuk pada kanak-kanak[/su_highlight]
Hancurkan kurma kering. Kemudian campurkan dengan susu dan beri minum kepada kanak-kanak.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]12. Bersin[/su_highlight]
Sapukan jus kurma pada hidung.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]13. Lemah tenaga batin[/su_highlight]
Tiga kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]14. Badan letih[/su_highlight]
Buah kurma dicampurkan susu kambing asli atau susu lembu asli. Dimasak lalu diminum.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]15. Melebatkan bulu mata[/su_highlight]
Ambil beberapa biji kurma kering kemudian bakar sehingga hangus dan tumbuk hingga hancur. Kemudian dijadikan celak.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]16. Angin dalam perut[/su_highlight]
Hancurkan beberapa biji kurma kemudian gaulkan dengan biji Habbatus Sauda yang ditumbuk hancur. Amalkan setiap hari.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]17. Sukar bersalin[/su_highlight]
Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian minum air rebusan tersebut.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]18. Mendapatkan tenaga sebelum bersalin[/su_highlight]
Makan beberapa biji buah kurma (sebaik-baiknya bilangan ganjil). Kemudian minum segelas air kosong.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]19. Selepas bersalin[/su_highlight]
Ambil sekurangnya-kurangnya tujuh biji kurma kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga menjadi segelas atau segelas setengah. Amalkan meminumnya sekurang-kurangnya dua gelas sehari.
[su_highlight background=”#f15b3a” color=”#ffffff”]20. Dispepsia (sakit seolah-olah terdapat gas, sakit dan terbakar di bahagian perut)[/su_highlight]
Makan bawang merah dengan kurma, kacang dhal pahot, Habbatus Sauda, thyme dan keju.





