Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.


Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.


Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.
Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.


Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
Idea Penubuhan Salun Muslimah
“Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.
“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.
“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”


Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.
“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.
BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah
Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.
“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.
“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”
Kehidupan Sebagai Womenpreneur
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?
“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.
“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.
“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”
Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.
Petua Rambut Sihat Ala Yulia Astuti
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.
Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
Tip Urus Bisnes & Kewangan
“Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.
“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”


Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.
“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”
Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!
Download seeNI sekarang!


Meraikan ulang tahun pertama perkahwinan dengan bahagia, pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz saling menitipkan ucapan yang indah buat satu sama lain di laman Instagram.
Menikmati makan malam yang indah bersama, Neelofa berharap agar Tuhan memberkati perkahwinan mereka berbahagia selalu.
Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku ( ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew
Selain itu, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail turut meluahkan kata-kata indah buat isterinya yang tersayang dan memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniaNya.
Syukur pada Allah
Dikurniakan isteri yang Baik hatinnya
Banyak lagi yg nak ditulis tapi takpe ku titipkan dalam doaku.Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredhai-Nya
Sekali lagi الحمدلله ya Allah
Di samping itu, Neelofa telah berkongsikan beberapa momen di saat mereka menikmati makan malam istimewa bersama di ruangan Instastories. Biarpun kelihatan ringkas, namun ia terasa begitu romantis dan eksklusif.
Buat pengetahuan semua, Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Muhammad Bilal yang baru sahaja lahir pada 29 Januari lalu.
Download seeNI sekarang!


Astaghfirullahaladzim! Itu yang terucap dibibir Hijabista apabila membaca perkongsian Fynn Jamal di Instagramnya tentang aduan seorang gadis yang diintai oleh ayahnya ketika dia sedang mandi. Mengapa tergamak seorang ayah melakukan perbuatan seperti itu kepada darah dagingnya sendiri? Sedangkan dia sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya.


Setelah kantoi mengintai anaknya sendiri, ayah gadis itu telah meminta maaf kepada anaknya tetapi sebagai seorang yang masih trauma, gadis ini sudah hilang kepercayaan terhadap ayahnya sendiri. Malah, dia turut berasa takut dan rasa tidak selamat.


Apabila kejadian ini berlaku, tentu kita sendiri trauma dan tidak tahu apa yang perlu kita lakukan selepas itu. Syukur kerana gadis ini berkongsi dengan orang yang tepat iaitu Fynn Jamal. Seperti yang kita semua sedia maklum, Fynn Jamal seorang yang boleh dipercayai dan sentiasa memberikan solusi tanpa mengecam.
Hijabista doakan gadis ini tabah mengharungi dugaan hidup. Jangan takut untuk berkongsi. Itu akan membuatkan kita lebih lega. Tetapi, anda perlu kongsi bersama individu yang boleh dipercayai. Semoga perkongsian Fynn Jamal ini memberi penyelesaian buat semua gadis di luar sana yang turut menghadapi masalah yang sama. #StopPerogolDalamRumah


GET. OUT. OF. YOUR. HOUSE.
It has stopped being your home the moment all this began.
Pilihan yg wujud apabila kau sedari kau dijahati ahli keluarga sendiri ada dua:
1) Cakap
2) Keluar
Pilihan Pertama: Speak Up
Akan ada dua kemungkinan.
1) Kena tuduh menipu
2) Diberitahu yang mereka tau
Pilihan Kedua: Get Out
Boleh explain kenapa pada famili. Boleh juga tak explain. Just cakap pada famili yang kita minta perlindungan. Nenek. Atok. Makcik. Siapa-siapa. Tell them so you can get out.
Ye. Kemungkinan orang tak percaya tu ada. Nak pulak kita jenis nakal. Ada je drama dari dulu. So nak cerita— siapa je nak percaya.
So bila kau rasa TAK ADA SATU PUN yang sudi nak dengar masalah kau—
Ada dua pilihan.
1) Polis
2) Talian NUR
Report polis tak semestinya akan ada tangkapan. Kadang-kadang dia bantu buat siasatan. Kalau nak mengadu dan kaunseling, call talian NUR di 15999. Dari mana-mana jenis fon. JUST CALL.
Tell them what you feel. Rasa tak selamat. Rasa takut. Rasa apa sahaja.
KECUALI rasa kotor. Sebab for whatever reasons kau dijahati— it is THE RIGHTS of the child to feel safe at home.
It is YOUR RIGHTS to feel safe.


May الله save us all, my darling sisters, from the evil doings of our family members nauzubillah.
And mothers,
Stay alert.
Dan SEBAGAIMANA kau sayang suami kau—
Please don’t call your children liars when they go to you.
The least you can do is siasat sama-sama.
Kalau tak mampu buat apa-apa—
Listen.
Sorry guys. So emotional today. Sebab selalu sangat dapat kes macam ni. Last-last anak tu kena je hadap. Sebab takde tempat nak pergi.
End up pregnant.
Pastu aku kena uruskan lagi.
Allahu akbar.
Ya الله,
Save us from ourselves.
Sumber: IG Fynn Jamal
Download seeNI sekarang!


Seronok melihat perkongsian pelakon jelita, Fasha Sandha yang berkunjung ke Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Fasha yang ditemani suami tersayang, Aidil Aziz kelihatan sangat ceria sepanjang mengunjungi negeri Pantai Timur itu selama dua hari satu malam.




Memilih Kota Bharu sebagai destinasi pertama, Fasha berkongsi pengalaman menariknya itu di Instagram peribadi.
“Alhamdulillah. Good morning. Safely landed. Rise and shine. Excited dengan Kota Bharu Kelantan. Misi Jalan2 cari makan bermula. Lepas tu nak p kenduri.”
Apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan manis Fasha yang berhijab dan berbaju kurung.


Rata-rata para peminat dan pengikutnya memuji kejelitaan Fasha termasuklah kagum dengan bentuk badannya yang persis ketika zaman anak dara.
“Pandai FS bawa diri…bertudung ..cantik sgt …semoga one day FS akan bertudung camni..”
“You are so beautiful in hijab…May Allah turunkan hidayah buat u untuk terus berhijab dan istiqomah..aamiin.”


Fasha turut berkongsi momennya ketika berkunjung ke salah sebuah restoran nasi ulam terkenal di Kelantan.
Berselera sungguh Fasha menikmati lauk pauk kampung yang nampak sedap-sedap belaka.
“Ni nasi paling sedap kami makan untuk tahun 2024 ni. Sedap tak boleh bawak bincang oiiii. Nasi ulam paling sedap di dunia. Hanya di Kelantan! Love”
Tidak puas dengan kunjungan singkat itu, Fasha memberitahu dia pasti akan datang lagi ke sana.
“2 hari 1 malam memang tak cukup untuk KB dan Ganu. Insyaallah ada rezeki kami pasti datang lagi. Tak puas. Kena terbang KL utk anak2 dan kerja.”
Fasha turut dipuji kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri serta menyantuni sesiapa sahaja termasuk suami dan keluarga mentua.


“Suka tengok bila Fasha menyantuni semua tanpa rasa kekok dan sombong.”
“Bagusnya Fasha. Nampak humble je.”
“Bagus Fasha… pandai bawak diri… bila mana die hormati majlis dan family mertua… pakaian sopan.”
“Fasha ni… Walaupun tak bertudung tapi jaga dan hormati keluarga suami…. Moga suatu hari nanti akan lebih menjaga…. Moga selalu bahagia di samping suami.”
Download seeNI sekarang!