Pelakon Zarina Zainuddin gembira melihat anaknya iaitu Azal gembira sejak mengenali seorang gadis dikenali sebagai Alesya.
Memetik mStar Online, Zarina berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan anaknya itu serta bersyukur seandainya mereka sekadar berkawan.
BACA: “Azal Tak Boleh Bercakap, Jodohnya Nanti Di Syurga”
“Saya dah gembira bila Azal tersenyum. Saya tak letak apa-apa harapan yang tinggi sebab sebagai ibu bapa kami lebih memahami keadaan anak-anak.
“Mungkin Alesya adalah bidadari syurga yang Allah temukan untuk Azal di dunia. Kalau sekadar berkawan pun saya bersyukur,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata dia dan keluarga Alesya sentiasa pantau anak-anak mereka agar sentiada dalam keadaan terkawal. Zarina berkata dia memilh untuk tidak mahu terlalu berkongsi kerana menghormati privasi keluarga Alesya.
“Saya kalau boleh taknak terlalu berkongsi sebab takut menganggu privasi keluarga mereka. Tapi bila mereka berjumpa, ada saja momen-momen kelakar yang mencuit hati,” katanya.
Sumber: mStar Online






