Munoz enggan beri tekanan, pertahan prestasi Jairo

Munoz enggan beri tekanan, pertahan prestasi Jairo

Munoz enggan beri tekanan, pertahan prestasi Jairo


sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menafikan sekeras-kerasnya prestasi Jairo da Silva kurang menyengat apabila beraksi dalam perlawanan Liga Super bersama skuad Harimau Selatan.

Jelas pengendali kelahiran Sepanyol itu, Jairo menampilkan kualiti yang baik selaku penyerang pasukan itu dan ada ketika peluang yang ada untuk menjaringkan tidak menjadi, malah ada ketika ia berlaku kepada penyerang bertaraf dunia.

“Ini akan berlaku kepada penyerang tapi apa penting bagi saya, Jairo sentiasa berkerja keras untuk menjaringkan gol dan memberi tekanan terhadap benteng pasukan lawan, selain membuka ruang buat rakan sepasukan menjaringkan gol.

“Saya tahu kebanyakan peminat memberi fokus terhadap Jairo dan kurang berpuas hati dengan gaya permainan ditampilkannya.

“Nasihat saya usah beri tekanan kepadanya, dia tahu tugas selaku penyerang dan sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Kalau dia tidak bagus, bagaimana dia boleh jaringkan 12 gol sepanjang beraksi dalam saingan liga, malah menyamai jaringan Bergson (da Silva).

“Falsafah kami di JDT akan kerap memberi sokongan kepada semua pemain untuk beraksi konsisten dalam setiap perlawanan,” katanya.

Munoz menegaskan Bergson yang diturunkan pada 20 minit babak kedua ketika menentang Kelantan The Real Warrriors (TRW) selepas pulih daripada kecederaan selain ketiadaan Romel Morales yang masih dibelenggu kecederaan malah khidmat Joao Figuiredo yang digantung, ternyata mengehadkan barisan serangan dalam skuad Harimau Selatan.

Mengulas mengenai persembahan Ager Aketxe yang kembali beraksi selepas agak lama diketepikan akibat kecederaan, Munoz jelas berpuas hati dengan persembahan arkitek tengah JDT itu yang menunjukkan aksi konsisten ketika menang 4-1 ke atas Kelantan TRW, baru-baru ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top