KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan pencapaian rekod tanpa kalah 108 perlawanan bukan alasan untuk skuad Harimau Selatan berasa selesa, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin menjelang aksi penting seterusnya.Walaupun JDT menutup saingan Liga Super 2026 dengan kemenangan besar 14-1 ke atas Kelantan The Real Warriors FC di Stadium Sultan Ibrahim, Munoz menegaskan fokus utama pasukannya kini adalah Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United FC.Menurutnya, kemenangan besar serta rekod luar biasa itu tidak boleh mengalih perhatian daripada misi utama kelab di pentas serantau.”Kami tidak boleh terlalu melihat kepada rekod. Apa yang penting ialah bagaimana kami bersedia untuk perlawanan seterusnya.”Kami perlu kekal lapar, kekal fokus dan memahami setiap perlawanan adalah cabaran baharu,” katanya.JDT melakar sejarah apabila rekod tanpa kalah 108 perlawanan sejak 2021 menyamai pencapaian kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas yang mencatat rekod sama antara 1989 hingga 1994.Namun Munoz lebih menekankan aspek konsistensi prestasi berbanding angka, termasuk komitmen pemain sehingga wisel penamat dalam setiap perlawanan.Dalam masa sama, beliau turut memuji beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan prestasi, termasuk Bergson da Silva yang meledak enam gol dalam aksi terakhir liga, selain perkembangan positif pemain tengah Nathaniel Shio Hong Wan selepas pulih daripada kecederaan.Munoz dijadual membawa JDT ke Thailand bagi aksi separuh akhir timbal balik menentang Buriram United pada Rabu dengan misi memburu slot ke final Kejuaraan Kelab ASEAN.Sebagai rekod, Buriram United membawa kelebihan dua gol menuju aksi separuh akhir kedua ACC selepas menumbangkan skuad Harimau Selatan 3-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim, minggu lalu.
Source link






