Munoz pengendali baharu Harimau Selatan

Munoz pengendali baharu Harimau Selatan


Munoz bekas pemain sayap kelab Sepanyol, Valencia dan Real Betis, mengantikan Bidoglio.

TEKA-TEKI pengendali baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir apabila Xisco Munoz diumumkan menggalas cabaran Harimau Selatan mengantikan Hector Bidoglio dari Venezuela.

Munoz bekas pemain sayap kelab Sepanyol, Valencia dan Real Betis, mengantikan Bidoglio bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025 /26 yang dijadualkan menyingkap tirai Ogos depan.

“Jurulatih baharu hadir! Dari Sepanyol ke England, dan kini Johor: Xisco Munoz ialah Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC yang baharu,” kata Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Munoz berusia 44 tahun memiliki pengalaman luas di Eropah, pernah melatih kelab Dinamo Tblisi (Georgia, 2020), Watford (England, 2020-2021), Sheffield Wednesday (England, 2023), Sociedad Deportiva Huesca (Sepanyol, 2021-2022), Anorthosis Famagusta (Cyprus, 2022-2023), dan Dunajska Streda (Slovakia, 2024-2025).

Pada 23 Mei lalu, Harimau Selatan mengumumkan pemergian Bidoglio menandakan berakhirnya tempoh tiga tahun khidmatnya bersama gergasi bola sepak Malaysia itu.

Sepanjang bersama Harimau Selatan, pengendali berusia 57 tahun itu membimbing JDT meraih empat trofi musim lalu.

Bidoglio telah memenangi dua gelaran Liga Super, dua Piala FA, dua Piala Malaysia, dan satu Piala Sumbangsih sepanjang tempohnya bersama Harimau Selatan, kekal tanpa kalah dalam semua pertandingan domestik.

Selain itu, Bidoglio juga memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat pemain sayap Arif Aiman Hanapi, yang telah memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) empat musim berturut-turut — 2021, 2022, 2023, dan 2024-2025



Source link

OR

Scroll to Top