Murid tahun 3 dikhuatiri emas ketika mandi sungai

Murid tahun 3 dikhuatiri emas ketika mandi sungai


am@hmetro.com.my

Papar: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas di sungai Kampung Benoni, di sini, hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai mandi bersama rakan-rakannya di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam.

Katanya, sepasukan anggota dengan kekuatan sembilan anggota digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi jam 7.43 malam dan segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Difahamkan mangsa bersama beberapa rakan mandi-manda sebelum dilaporkan hilang. Setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, usaha mencari mangsa masih giat dilakukan di sekitar lokasi kejadian.

“Operasi masih diteruskan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top