Musim baharu, wajah baharu: Ten Hag pimpin misi Leverkusen

Musim baharu, wajah baharu: Ten Hag pimpin misi Leverkusen


GERGASI Jerman, Bayer Leverkusen memasuki musim baharu Bundesliga dengan misi membina semula pasukan selepas kehilangan beberapa tonggak utama serta jurulatih berwibawa, Xabi Alonso, yang meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu.

Pengendali Erik ten Hag, mengakui cabaran besar menantinya susulan lebih separuh pemain utama telah angkat kaki termasuk bintang tengah Florian Wirtz dan pertahanan sayap Jeremie Frimpong yang menyertai Liverpool, selain Granit Xhaka.

“Era lalu sudah berakhir. Sekarang kita perlu memulakan satu era baharu. Kami bekerja keras setiap hari untuk mengukuhkannya,” kata Ten Hag dalam sidang media menjelang aksi pembukaan liga menentang Hoffenheim di BayArena, Sabtu ini.

Bekas pengendali Manchester United itu sudah merasai aksi kompetitif pertamanya minggu lalu apabila Leverkusen menewaskan kelab divisyen bawahan, Sonnenhof Grossaspach, dalam saingan Piala Jerman.

Ten Hag berkata, persiapan rapi dan semangat sepasukan menjadi kunci bagi mengekalkan budaya kelab meskipun berlaku rombakan besar-besaran dalam skuad.

“Ramai pemain sedia ada masih kekal dan mereka membawa budaya tertentu yang menjadi identiti kelab ini.

“Pemain baharu juga pantas menyesuaikan diri. Gabungan pemain muda serta berpengalaman memberi keseimbangan baik kepada pasukan,” katanya.

Ten Hag kini memikul tanggungjawab berat menggantikan Alonso, yang mencipta sejarah luar biasa musim lalu apabila membawa Leverkusen menjulang gelaran berganda domestik tanpa sebarang kekalahan.



Source link

OR

Scroll to Top