Musim banjir, KPWKM seru rakyat utamakan keselamatan

Musim banjir, KPWKM seru rakyat utamakan keselamatan


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua mangsa yang meninggal dunia akibat banjir di Kelantan, baru-baru ini.

KPWKM seru rakyat utamakan keselamatan

Menurut menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, banjir di seluruh negara masih berada pada tahap serius dengan 242 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi, membabitkan 9,033 keluarga dan 27,489 mangsa setakat hari ini.

“Takziah kepada keluarga mangsa, dan semoga mereka diberi kekuatan menghadapi detik yang amat sukar ini,” tulisnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
KPWKM seru

Foto arkib: Bernama

Amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia malam tadi meramalkan hujan sangat lebat dan berterusan di beberapa negeri termasuk Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Beberapa negeri lain seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Johor turut berada pada tahap amaran buruk dan waspada, meningkatkan risiko banjir kilat, limpahan sungai dan tanah runtuh terutama di kawasan rendah.

KPWKM seru

Foto: Bernama

Nancy berkata sebagai langkah kesiapsiagaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah digerakkan sejak awal bersama kerajaan negeri dan agensi bencana lain, dengan PPS tambahan sedia diaktifkan sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Bekalan makanan, selimut dan keperluan asas dikatakan berada pada paras mencukupi dan diagihkan mengikut keperluan mangsa di lapangan,” katanya.
KPWKM seru

Foto: Bernama

Sementara itu, Nancy turut menyeru semua penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan segera berpindah ke PPS jika diarahkan.

Artikel lain: Kes keganasan terhadap wanita masih membimbangkan – Nancy Shukri

Beliau menekankan agar keselamatan ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak, warga emas dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) diutamakan serta mengelak berada berhampiran sungai, kawasan rendah dan lokasi yang mudah dinaiki air.

“Mereka yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan sokongan di pusat pemindahan sementara terdekat atau menghubungi saluran kecemasan rasmi,” ujarnya.

KPWKM melalui JKM akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa serta memastikan setiap keluarga terkesan menerima bantuan secepat mungkin dengan penuh empati, menegaskan keselamatan rakyat sebagai keutamaan kerajaan.





Source link

OR

Scroll to Top