Musim hujan, mudah jatuh sakit

Musim hujan, mudah jatuh sakit


asmaini@mediaprima.com.my

MUSIM hujan bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit kepada manusia, malah haiwan peliharaan.

Tanpa penjagaan yang teliti, haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab, burung, guine pig dan hamster contohnya, mudah sakit.

Penyakit seperti ‘Feline Infectious Peritonis’ (FIP) yang disebabkan oleh ‘feline coronavirus’ contohnya, mudah menular daripada perkongsian makanan, najis, cecair tubuh serta bersin.

Sekiranya dijangkiti FIP, ia akan menyebabkan haiwan peliharaan mengalami kekejangan, kegagalan organ, penurunan berat badan serta gangguan penglihatan.

Selain itu, cirit-birit juga boleh menyerang haiwan peliharaan ketika musim hujan.

Gejala paling umum adalah najis haiwan peliharaan berbentuk cecair dan ia kurang selera makan.

Cirit-birit bukan sahaja disebabkan oleh cuaca tidak menentu, tetapi pemakanan tidak sihat serta tabiat haiwan peliharaan yang menjilat air kotor di longkang atau tempat kotor.

Untuk menjaga haiwan peliharaan semasa musim hujan, pastikan ia mendapat tempat perlindungan yang kering dan hangat.

Selain itu, sediakan makanan dan air yang secukupnya dan pastikan haiwan kesayangan anda kekal bersih dan sihat.

Jika haiwan anda terpaksa berada di luar, pastikan ia mempunyai tempat berteduh yang mencukupi untuk berlindung daripada hujan.

Aspek kebersihan tempat haiwan peliharaan juga perlu sentiasa dijaga.

Bersihkan sampah, daun kering dan barang-barang lain yang boleh menjadi tempat tinggal haiwan perosak atau menyebabkan masalah kesihatan.

Sekiranya haiwan peliharaan anda terpaksa diletakkan di dalam rumah, sediakan mainan untuk memastikan mereka terhibur dan tidak bosan.

Elakkan daripada membuat haiwan peliharaan anda berasa tidak selesa atau takut dengan hujan.

Dalam pada itu, pastikan haiwan kesayangan anda mendapat semua vaksin yang diperlukan, terutamanya terhadap penyakit seperti ‘parvo virus’ yang boleh menjadi lebih serius semasa musim hujan.

Pastikan juga tempat tinggal haiwan peliharaan anda sentiasa terlindung daripada haiwan liar.

Ini kerana, musim hujan boleh mendorong haiwan serta reptilia seperti tikus dan ular mencari tempat berlindung di rumah anda.

Jadi, pastikan semua celah pada dinding dan bumbung rumah ditutup untuk menghalang ia masuk.

Atau, boleh juga gunakan bahan-bahan di dapur seperti bunga marigold, minyak cengkeh atau kayu manis, bawang putih dan bawang bombay untuk mengusir haiwan berbisa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top