Tehran: Kementerian Luar Iran berkata, tiada siapa yang menjangkakan bahawa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) boleh mencapai persetujuan dalam satu sesi selepas rundingan di Islamabad terhenti pada Ahad.
“Sememangnya, dari awal lagi kita tidak sepatutnya menjangkakan untuk mencapai persetujuan dalam satu sesi sahaja. Tiada siapa yang mempunyai jangkaan sedemikian,” kata jurucakap kementerian, Esmaeil Baqaei, menurut penyiar negara, IRIB.
Beliau berkata, Tehran “yakin bahawa hubungan antara kami dan Pakistan, serta rakan-rakan kami yang lain di rantau ini, akan berterusan.”
© New Straits Times Press (M) Bhd





