Muzium terus jadi pilihan rakyat, pelancong! Lebih 2.45 juta pelawat pada 2025 – Aaron Ago

Muzium terus jadi pilihan rakyat, pelancong! Lebih 2.45 juta pelawat pada 2025 – Aaron Ago


Jabatan Muzium Malaysia mencatatkan kejayaan memberangsangkan tahun lalu apabila 22 muzium di bawah seliaannya menerima hampir 2.5 juta pelawat, melepasi sasaran awal sebanyak 2.2 juta orang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata sebanyak 2,457,051 pelawat diterima pada 2025, termasuk 355,585 pelawat antarabangsa yang memilih muzium sebagai destinasi utama mereka.

Muzium terus jadi pilihan rakyat, pelancong! Lebih 2.45 juta pelawat pada 2025 – Aaron Ago

Beliau berkata tahun ini, kunjungan ke muzium bakal lebih meriah dengan tiga segmen utama, iaitu Citra Nusa @ Muzium, Fiesta Uniti @ Muzium, dan Muzium Bersama Komuniti.

“Kementerian Perpaduan Negara komited untuk menghidupkan semula muzium sebagai ruang ilmu yang dinamik, inklusif dan relevan dengan generasi masa kini.
“Usaha ini merangkumi pemodenan pameran, penggunaan teknologi interaktif serta pengisian program berimpak tinggi agar muzium terus menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat,” katanya menerusi platform Facebook hari ini.

Artikel lain: KPN pandang serius, tegas pertahankan keharmonian negara – Aaron Ago

Tambah beliau, kementerian turut memberi penekanan terhadap usaha meremajakan muzium sebagai platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum.

“Melalui pendekatan berasaskan komuniti dan kolaborasi strategik, muzium akan terus diperkasa sebagai ruang yang merapatkan jurang, memupuk kefahaman dan menyemai semangat perpaduan nasional.
“Muzium adalah nadi identiti, perpaduan dan masa depan negara,” katanya.

Sumber: FB Aaron Ago Dagang





Source link

OR

Scroll to Top