Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal Azam Mahu Contohi Noorkhiriah
Nad Zainal, 34 menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
“Pada awal penghijrahan dahulu, saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma saya tidak tahu bila. Ketika itu, saya perlukan masa, berharap di berikan ruang,” katanya.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Artikel berkaitan: Tampil Manis Berhijab, Nad Zainal Akui Sedang Berusaha, Mohon Doa Semua
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Sumber Gambar: Instagram Nad Zainal & Noorkhiriah
Artikel berkaitan: Hanya Guna Panadol, Kini Seterika Yang Ada Kesan Hangus Nampak Seperti Baharu!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Setiap kali ada saudara mara yang kahwin acara paling ditunggu adalah malam berinai. Rasa seronok dapat mewarnakan kuku dengan inai ‘homemade’ menggunakan daun inai.
Namun sekarang daun inai agak sukar untuk dicari dan proses membuatnya juga leceh. Daun inai kena hancur betul dan kemudian dicampur dengan kapur atau nasi untuk menjadikan ia lebih merah kekuningan.
Tetapi kini anda tidak payah bersusah lagi untuk memakai inai. Perkongsian dari di laman facebook Rosdiana Dian yang mengajar cara-cara membuat inai sendiri. Apa yang penting bahan digunakan selamat dan juga sah untuk dibuat solat.
Bahan-bahan:
Sabun
Pewarna
Sedikit kapur
Cara membuatnya:
- Bancuh ketiga-tiba bahan dan satukan. Biarkan sebati.
2. Sapu pada jari satu persatu dengan kemas. Biarkan seketika sebelum dibasuh bersih.
Download seeNI sekarang!
Setiap individu beragama Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Yang menjadi masalah adalah mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Sejujurnya, masih ramai lagi yang mengalami masalah ini. Ketika mahu atau sedang solat, pasti ada sahaja perkara duniawi yang bermain di fikiran.
Sepatutnya sewaktu solat fokus kita tertumpu sepenuhnya pada Allah. Solat itu akan dipanggil khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah sepanjang waktu anda melakukan solat.
Tetapi bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Tip ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Penulis Misteri tentang 4 perkara yang boleh anda amalkan sekiranya mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
************************************************************************
Rugi jika tak belajar ilmu khusyuk solat. Saya ringkaskan disini caranya.
Step 1 – Buat persediaan solat
Solat awal waktu, bersih diri, sugi/gosok gigi, jangan solat tika makanan dah terhidang (waktu sangat lapar) or masa tahan buang air, don’t over makan dan minum sebelum solat dan tak bazir air wuduk.
Step 2 – Bila nak solat
Jawab azan dan iqamah. Cuba untuk solat berjemaah. Ni paling penting: cuba untuk hadirkan hati – maksudnya fokus yang awak solat tu bukan sebab itu suruhan tapi sebab awak nak sangat ‘bicara hati’ dengan Allah. U sendiri nak solat. Bukan sebab lain. Fikir tu your last solat. Maybe pasni mati.
Step 3 – Masa solat
Cuba fahami setiap apa yang disebut dalam Arab tu dalam bahasa sendiri. Faham maknanya. Awak kena study balik buku fardu ain, cari makna tiap satu dari takbir sampai tahiyyat. Sujud proper, jangan tekan sampai hitam dahi. Bicara dalam-dalam masa tu. Mohon ampun, jangan fikir dunia jap.
Step 4 – Jangan tergopoh-gapah solat
Smooth and steady. Kena ada tertib dan tama’ninah (maksudnya ketenangan). Last sekali, ingat firmanNya (qs Taha:14): “dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.
Moga kita semua temui anugerah khusyuk dalam solat. Amin.
Sumber: Twitter Penulis Misteri
Download seeNI sekarang!
Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran dan bintang kepada 107 penerima pada Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-72 di Istana Alam Shah.
Pada majlis itu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K), yang merupakan Darjah Kebesaran yang paling tinggi di negeri ini.
Antara penerima adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membolehkan kedua-duanya memakai gelaran Dato’ Seri.
Artikel Berkaitan:107 Terima Darjah Kebesaran Sultan Selangor
Sehari sebelum itu telah diadakan Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah. Seramai lebih 3,000 warga Selangor turut hadir memeriahkan majlis ini bersempena sambutan Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda tiba pada kira-kira jam 3.30 petang, diiringi Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Acara dimulakan dengan persembahan tarian tradisional, Tarian Menjunjung Duli selepas lagu Negeri Selangor dimainkan.
Ia disusuli dengan Upacara Menjamah Pulut Kuning, upacara majlis santapan sambil diiringi dengan beberapa persembahan tarian dan nyanyian.
Sultan Sharafuddin kemudian bermesra dengan rakyat dengan orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan berswafoto dengan baginda sekeluarga.
Artikel Berkaitan: Lebih 3,000 Hadir Jamuan Teh Diraja Sultan Selangor
Sebelum itu juga pada 8 Disember lalu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diraikan dalam satu Majlis Makan Malam oleh Ahli Dewan Diraja Selangor di Istana Selangor, Kuala Lumpur.
Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Juga turut diadakan sebelum itu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-72 ini adalah majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Admin paling suka melihat penampilan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin yang begitu anggun dan jelita sekali. Di kesempatan ini admin dan seluruh warga Selangor mendoakan kesejahteraan baginda berdua.
DAULAT TUANKU
Foto Majlis Penganugerahan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 72, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Di Istana Alam Shah
Foto Sekitar Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.
Majlis Makan Malam oleh Ahli Dewan Diraja Selangor di Istana Selangor, Kuala Lumpur.
Video Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Di Masjid Diraja Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM SELANGOR ROYAL OFFICE
Download seeNI sekarang!