Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah mendedahkan sahabat baiknya, Allahyarham Nadia Kesuma pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia di Tanah Suci.
Memetik BH Online, Anne berkata Nadia memberitahu perkara itu ketika mereka menunaikan umrah bersama pada 2022 dan mengatakan alakah seronok jika ditakdirkan meninggal dunia di sana.
BACA: Nadia Kesuma Dikesan Sudah Tinggalkan Lapangan Terbang Jeddah
Menurut Anne lagi, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai ketentuan Ilahi yang penuh makna, tidak semua insan terpilih untuk meninggal dunia di sana.
“Allah terima doa dia. Bukan semua orang terpilih untuk meninggal di sana, tapi sebab dia seorang yang sangat baik, adik yang sangat baik, saya juga tak mampu hendak cakap apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Anne berkata hasrat keluarga untuk bertemu kembali dengan Allahyarham akhirnya dimakbulkan walaupun dalam situasi yang tidak disangka.
“Menurut suaminya, Allahyarham pergi dalam keadaan tenang, seperti yang dimaklumkan pihak doktor selepas arwah dibawa ke sebuah hospital di Jeddah,” katanya.
Sumber: BH Online





