Pelakon Nadia Brian memberitahu dia menerima dengan hati terbuka seandainya tiada jodoh dengan usahawan Nedim Nazri.
Menerusi satu komen balas di Threads, Nadia berkata dia dan Nedim baru saja berkenalan pada Disember tahun lalu.
BACA: “Kita Perempuan Kadang-Kadang Begitu” – Nadia Brian, Nedim Saling Unfollow

“Betul, kami baru sahaja berkenalan pada bulan Disember 2025. Ada jodoh ada lah, jika tiada jodoh maka tiada lah,” katanya.
Sementara itu, Nadia berkata jika tiada jodoh antara mereka dia akan memberi tumpuan pada keluarga dan kejaya seninya.
Terdahulu, Nadia tampil memberi penjelasan mengenai status hubungannya dengan Nedim selepas timbul dakwaan mereka putus cinta.
Nadia berkata mereka masih bersama namun mengakui dia berada dalam fasa merajuk serta meminta mendoakan yang baik-baik.





