Perkongsian usahawan Nedim Nazri menjadi perhatian apabila dilihat berkongsikan luahan perasaan terhadap pelakon Nadia Brian.
Menerusi hantaran di Instagram, Nedim berkata bertemu dan mencintai Nadia mengembalikan dirinya yang pernah hilang.
BACA: Cinta Nadia Brian Bukan Sebab Harta, Puji Nedim Lelaki Penyayang
Dalam hantaran berkenaan, Nedim turut memuat naik gambar memaparkan mereka sedang berpengan tangan di satu kawasan tasik.
Turut menjadi perhatian, Nadia turut meninggalkan komen meluahkan rasa sayang terhadap Nedim dengan panggilan ‘baby.
Nedim turut membalas ucapan sayang terhadap Nadia dengan panggilan ‘sayang’ sekaligus membuatkan netizen teruja.

Terdahulu, Nadia menafikan dakwaan kononnya status serta duit dia menjalinkan hubungan cinta dengan Nedim.
Nadia berkata sudah lama dia menyara dirinya sendiri dan keluarga serta mendedahkan keluarga merestui hubungan mereka.






