Nadia Brian, Nedim Nazri Saling Unfollow? Ini Penjelasan Empunya Badan

Nadia Brian, Nedim Nazri Saling Unfollow? Ini Penjelasan Empunya Badan


Pelakon jelita Nadia Brian meminta orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat hubungan rapatnya dengan Nedim Nazri atau Boss Ned susulan timbul dakwaan kononnya hubungan mereka sedang bermasalah selepas kedua-duanya tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Nadia, 34, berkata perkara itu tidak wajar diperbesarkan kerana hubungan mereka masih berada pada peringkat awal dan masing-masing juga sedang memberi tumpuan kepada urusan kerja serta kehidupan sendiri.

“Biasalah, kadang-kadang perempuan memang ada fasa begitu.

“Apa pun, kami masing-masing sibuk dengan kerja. Kami pun baru lagi dalam fasa saling mengenali, jadi saya cuma harap yang baik-baik dan saya pun berharap orang ramai doakan yang baik-baik juga, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

“Bagi saya tak ada apa yang perlu dibesar-besarkan sebab hubungan ini pun masih baru. Saya pun sibuk bekerja dan masing-masing ada komitmen sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

“Setakat ini semuanya okay. Apa yang penting sekarang adalah fokus kepada perkara yang lebih utama seperti kerja dan keluarga. Mestilah kita semua mahukan yang terbaik, jadi doakan yang baik-baik,” katanya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, pelakon drama Hening Cinta itu mengakui dia sebenarnya agak segan untuk terlalu terbuka dalam berkongsi soal peribadi, terutama membabitkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Dalam Proses Kenali Hati Budi” – Nadia Brian Akui Baru Sebulan ‘Berkawan’ Dengan Nedim Nazri

“Kalau cerita hal peribadi, saya sebenarnya agak malu untuk terlalu banyak berkongsi semata-mata nak jadikan ia bahan cerita. Saya bukan orang yang begitu.

“Tambahan pula, bila bercakap tentang hubungan, saya pernah melalui pengalaman sebelum ini, jadi bagi saya perkara seperti ini lebih sesuai disimpan sebagai hal peribadi.

“Tapi saya faham peminat ambil berat dan sayang pada kita, jadi saya sangat hargai itu. Apa yang saya selesa untuk kongsikan, saya akan kongsi,” katanya.

Hubungan Nadia dan Nedim yang juga bekas suami kepada pelakon Nora Danish mula menjadi perhatian sejak penghujung tahun lalu apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraan menerusi Instagram.





Source link

OR

Scroll to Top