Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka


Pelakon Nadia Kesuma atau nama sebenar Nadiah Kasumawati Abdul Karim disahkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi pada 15 Januari lalu.

Suami Nadia, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menzahirkan rasa dukacita menerusi perkongsian khabar di Facebook dengan memaklumkan pemergian isteri tercintanya.

Perkara itu turut dimaklumkan anak Nadia menerusi akaun Threads apabila memaklumkan ibunya kembali ke Rahmatullah, selain merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan.

Dalam hantaran sama, anak Nadia memaklumkan pemergian itu dikaitkan dengan sakit jantung dan Nadia dibawa ke hospital pada hari yang sama selepas tiba di lapangan terbang Jeddah.

Anak Nadia turut mendakwa keluarga hanya menerima khabar mengenai keadaan itu lewat malam dan makluman diterima daripada pihak agensi pelancongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Sebelum ini, berita kehilangan Nadia heboh diperkatakan orang ramai dan menjadi sorotan warganet.

Kehilangan Nadia ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dilaporkan kepada polis Arab Saudi dan pihak Malaysia memaklumkan siasatan sedang dijalankan.



Source link

OR

Scroll to Top