Senarai 25 pemain Harimau Malaya yang galas cabaran negara dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia B-23 2026. Foto infografik FAM
PENGENDALI skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23), Mohd Nafuzi Zain mempertaruhkan 25 pemain bagi kem latihan pusat bermula Ahad ini sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2026 di Bangkok, Thailand dari 3 hingga 9 September depan.
Skuad muda negara akan berlepas ke Bangkok pada Isnin untuk meneruskan latihan sehingga 31 Ogos sebelum membuka kempen Kumpulan F menentang Lubnan (3 September), Mongolia (6 September) dan tuan rumah Thailand (9 September).
Barisan pemain pilihan Nafuzi terdiri daripada Muhammad Arif Ilham Mohd Idwan Shah (Imigresen FC II); Muhamad Faris Danish Mohd Asrul, Muhammad Alif Ahmad, Muhammad Shafizan Mohamad Arshad, Ziad El Basheer Norhisham, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Danish Hakimi Sahaludin, Muhammad Danish Syamer Tajuddin, Muhammad Syukur Fariz Januri, Ariff Safwan Mohd Safri, Zulhilmi Sharani (Johor Darul Ta’zim II).
Muhammad Akmal Hakim Rosli (Kedah FA); Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC); Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa, Muhammad Aiman Danish Abd Aziz (Melaka FC); Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri, Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi (Negeri Sembilan FC); Ahmad Danish Haikal (Perak FA).
Ahmad Haziq Kutty Abba (Penang FC); Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin, Muhammad Aiman Yusuf Muhammad Nabil, Muhammad Haykal Danish Mohd Haizon, Muhammad Danish Iskandar Marzizul, Muhammad Izrin Ibrahim (Selangor FC); dan Muhammad Zachary Zahidadil (Terengganu FC).
Johor Darul Ta’zim II menjadi penyumbang terbesar dengan 11 pemain, diikuti Selangor FC (5), Negeri Sembilan FC (2), Melaka FC (2) serta masing-masing seorang dari Imigresen FC II, Kedah FA, Kuala Lumpur City FC, Perak FA, Penang FC dan Terengganu FC.
Malaysia yang diundi bersama seteru tradisi Thailand dijangka berdepan cabaran sengit untuk layak ke pusingan akhir di Arab Saudi dari 7 hingga 25 Januari 2026.
Hanya juara kumpulan dan empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan akan mara dengan pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ini adalah mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.