KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipermainkan oleh orang yang sepatutnya membela beliau.
Itu dakwaan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, rakyat kini tertanya-tanya apa kualiti dan integriti affidavit seorang Timbalan Perdana Menteri yang kini hanya dikelaskan sebagai hearsay (desas-desus).
“Atau affidavitnya hanya satu afterthought setelah terkantoi tentang kegagalan tujuh menteri UMNO membela Najib?” soalnya yang juga bekas menteri dalam media sosialnya.
Hari ini Mahkamah Tinggi di sini menolak menolak kebenaran untuk Najib mencabar kewujudan titah adendum yang dikatakan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Ini berkaitan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.
Annuar dalam masa yang sama mempertikaikan barisan menteri dalam kalangan pemimpin UMNO yang dianggap gagal membela Najib.
“Mereka gagal bela Najib dalam kerajaan mereka pimpin. Mereka juga terbukti tidak credible di mahkamah. Makin jelas Najib dipermainkan. Najib dimangsakan disaat pemimpin pemimpin semakin hilang credibility di mata rakyat.
“Rakyat semakin rindu dengan sentuhan dan kepimpinan sosok bernama Najib Razak,” katanya.
Menurut Annuar, kerajaan dan mereka yang berwajib harus tampil memberi penjelasan sebenar kepada rakyat dalam ke yang sama sebelum mereka dilihat seumpama pembohong bersiri. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Kenapa main sorok-sorok, pekak dan bisu dalam isu perintah adendum – Shafee