Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun untuk mengundang datangnya rezeki, ada banyak amal ibadah yang dilakukan. Saat memulakan aktiviti di pagi hari, ada empat amalan yang boleh dilakukan untuk memperlancarkan datangnya rezeki.
1.Solat Tahajud
Waktu yang paling baik untuk solat tahajud adalah pada sepertiga malam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Ketika kalian tidur, syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan ‘malam masih panjang, tidurlah!’ Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah swt, lepaslah satu ikatan, kemudian jika ia berwudu, lepas lagi ikatan berikutnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan salat, lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas”. (HR Bukhari)
Solat tahajud sebenarnya turut mempengaruhi peningkatan motivasi kerja.
2. Membaca Doa Pagi Hari
Hanya kepada Allah kita meminta. Oleh itu berdoalah kepada Allah dimurahkan rezeki. Mohok keampunan pada Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu, pasti akan Ku-beri. Dan siapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni”. (HR Bukhari dan Muslim)
**media[148395]**
3. Bersedekah di Pagi Hari
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Sebenarnya sedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika dilakukan pada pagi hari. Ketika inilah setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa ‘Ya Allah berikanlah ganti pada yang berinfaq’ Sedangkan malaikat yang satunya berdoa ‘Ya Allah berikanlah kebangkrutan bagi yang enggan berinfaq.”(HR Bukhari dan Muslim)
4. Melaksanakan Solat Dhuha
Solat Dhuha memang banyak keistimewaan dan barakahnya. Solat Dhuha dua rakaat, setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan apabila kita melaksanakan solat dhuha empat rakaat maka Allah SWT akan menjamin atas rezeki kita.
Sabda Rasulullah SAW:
“Engkau membersihkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat duha sudah mencukupimu”(HR Abu Dawud)
Selain empat amalan ini, zikir di pagi hari juga mampu ‘memgundang’ rezeki. Cuba amalkan ke semua amalan menjemput rezeki ini.
Download seeNI sekarang!