Nak selesai masalah rumah tangga, anak bermasalah, cuba buat ini – Ustazah Asma’

Nak selesai masalah rumah tangga, anak bermasalah, cuba buat ini – Ustazah Asma’


DALAM menempuh kehidupan sehari-hari, pelbagai masalah timbul termasuklah masalah dengan pasangan, anak-anak, rakan sekerja dan sebagainya.

Adakalanya kita termenung sendirian memikirkan punca pergaduhan dengan pasangan, kedegilan anak-anak dan sebagainya.

Pendakwah terkemuka, Ustazah Asma’ Harun yang pernah bekerja sebagai perunding rumah tangga menjelaskan, umat Islam yang menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan sepatutnya menyemak kembali pelaksanaan Rukun Islam masing-masing.

USTAZAH ASMA’

“Kalau nak bercerita tentang masalah rumah tangga dan punca-punca rezeki ini, saya akan tanya, ‘Encik ada bayar zakat ke?’

“Dia jawab, ‘Saya tak bayar zakat’. Encik bayarlah zakat dahulu.

“Bila dia mula bayar zakat, masalah banyak selesai, (antaranya) masalah rumah tangga, masalah anak degil dan anak malas belajar selesai,” katanya dalam video di Facebooknya pada Selasa.

Tambahnya, begitu juga dengan masalah dengan isteri, isteri yang bermasalah dengan suami dan masalah suami kerap jatuh sakit, selepas mereka melaksanakan kewajipan menunaikan zakat, dengan izin ALLAH masalah tersebut selesai.

“Nampak tidak ada kaitan antara zakat dengan sakit dan zakat dengan perangai anak. Tapi inilah pengalaman saya apabila berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah-masalah ini.

“Saya akan tanya dia mengenai lima Rukun Islam ini,” jelasnya.

KEMBALI semak pelaksanaan lima Rukun Islam agar keberkatan dalam hidup dapat dikecapi.

KEMBALI semak pelaksanaan lima Rukun Islam agar keberkatan dalam hidup dapat dikecapi.

Ujarnya, umat Islam tidak akan terlepas daripada lima Rukun Islam ini bermula daripada syahadah, solat lima waktu, puasa, zakat dan haji.

“Saya akan tanya mereka yang bermasalah ini mengenai bab syahadah, ada atau tidak buat amalan yang membatalkan syahadah seperti amalan khurafat dan syirik.

“Solat pula bagaimana? Selepas itu puasa, zakat dan haji.

“Matlamat saya ketika berhadapan dengan mereka, saya berusaha sedaya-upaya agar mereka tidak jadi cerai dan 80 peratus daripada pelanggan yang datang membatalkan hasrat untuk bercerai,” katanya.

APABILA lima Rukun Islam dijaga dengan baik, maka hubungan dengan pasangan, anak-anak dan orang lain juga akan menjadi lebih baik.

APABILA lima Rukun Islam dijaga dengan baik, maka hubungan dengan pasangan, anak-anak dan orang lain juga akan menjadi lebih baik.

Menurut Ustazah Asma’, apabila umat Islam memperbaiki Rukun Islamnya, maka rumah tangganya akan dipulihkan.

“Amalannya baiki kualiti solat, bayar zakat, jaga puasa dan mula menyimpan untuk haji walaupun giliran masih lama, contohnya pada tahun 2080.

“Usahakan untuk simpan, daftar haji dan cukupkan jumlah minimum antara RM15,000 hingga RM18,000. Apabila sudah cukup, maka nama kita akan disenaraikan dalam senarai pendek dan dijemput ke sana,” katanya.

Ujarnya, ia bukan soal mampu atau tidak, tetapi sejauh mana kita berusaha untuk memampukan diri sendiri.

“Jangan rasa diri selesa di peringkat tidak mampu. Namun setiap bulan boleh pula berjalan dan menginap di hotel, setiap minggu berbelanja itu dan ini.

“Tapi untuk menyimpan RM40 atau RM50 setiap bulan dalam simpanan Tabung Haji dirasakan amat besar,” tambahnya lagi.

Sedangkan sesiapa yang bersungguh-sungguh menyimpan dan berusaha untuk melaksanakannya, ALLAH SWT pasti akan menjadikannya mampu untuk ke Tanah Suci, ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top