Namibia batal kebenaran berlabuh kapal bawa senjata ke Israel

Namibia batal kebenaran berlabuh kapal bawa senjata ke Israel


WINDHOEK – Namibia telah membatalkan kebenaran berlabuh untuk sebuah kapal, MV Kathrin, yang membawa kargo tentera ke Israel.

Tindakan Ketua Polis Namibia, Leftenan Jeneral Joseph Shikongo, dibuat selepas mendapati kapal berkenaan kapal itu mengangkut bahan letupan heksogen RDX ke Israel, menurut Windhoek Observer.

Dokumen yang diserahkan pada 24 Ogos lalu mendedahkan sifat kargo itu, mendorong tindakan segera menghalang kapal berkenaan daripada memasuki perairan Namibia.

“Dimaklumkan kebenaran no. 21/2024 yang diberikan kepada kapal MV Kathrin bertarikh 13 Ogos telah dibatalkan berkuat kuasa serta-merta. Oleh itu, kapal tersebut dilarang sama sekali memasuki perairan Namibia hasil keputusan Kabinet NO. 9/04, 06.24/006,” kata polis dalam surat.

MV Kathrin pada mulanya dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Namibia di Teluk Walvis pada 25 Ogos.

Kapal itu dilaporkan membawa 60 kontena Tri-NitroToluene (TNT) dan lapan kontena bahan letupan heksogen, dalam perjalanan dari Haiphong, Vietnam, ke Koper, Slovenia.

Ketua Pegawai Eksekutif Namport, Andrew Kanime mengesahkan walaupun pihak berkuasa pelabuhan telah menerima pemberitahuan untuk MV Kathrin berlabuh, ia masih belum menerima dokumentasi pra-pelepasan.

Herbert Jauch, Pengerusi Keadilan dan Amanah Sosial Ekonomi, memuji keputusan itu sambal menyifatkan pendirian kuat Namibia terhadap konflik di Gaza harus dijadikan contoh kepada negara lain.

“Kami tahu daripada sejarah perjuangan pembebasan kami sendiri, betapa pentingnya sokongan antarabangsa, dan inilah yang diperlukan Palestin sekarang.

“Penting untuk rakyat Palestin tahu bahawa mereka menerima sokongan penuh untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan memulakan proses memulihkan hak,” kata Jauch. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top