Nasib berbeza tiga beregu campuran di Jepun

Nasib berbeza tiga beregu campuran di Jepun


Soon Huat (kiri) dan Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Thailand pada Rabu. Foto Agensi.

NASIB berbeza tiga beregu campuran negara pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 di Tokyo sebentar tadi.

PASANGAN suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat secara straight set pada kejohanan berstatus Super 750 itu.

Gandingan berpengalaman itu dilihat tiada masalah untuk menundukkan pasangan Thailand tersebut 21-15, 21-10 selama 30 minit permainan di Gimnasium Metropolitan.

Menanti mereka dalam aksi pusingan kedua pada Khamis ialah pasangan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Jin Yu Jia atau Mads Vestergaard-Christine Busch dari Denmark.

Turut melangkah ke saingan seterusnya ialah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas menumpaskan wakil Kanada, Kevin Lee-Josephine Wu 21-15, 21-19 dalam tempoh 29 minit permainan.

Pasangan negara itu akan menentang gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu atau Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dari China dalam aksi pusingan kedua pada Khamis.

Bagaimanapun nasib berbeza menimpa satu lagi pasangan profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien apabila gagal mara ke pusingan kedua.

Mereka tewas di tangan pasangan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-9, 21-8 dalam tempoh 28 minit perlawanan.

 



Source link

OR

Scroll to Top