Pelakon Nazim Othman berkata dia menyimpan hasrat untuk memabwa watak aksi atau anggota ketenteraan selepas 18 tahun bergelar anak seni.
Memetik mStar Online, Nazim berkata dia sememangnya sudah lama idamkan watak berkenaan namun belum diberikan peluang.
BACA: Nazim Othman Buat Rawatan ‘Face Lifting’ Lepas Mengadu Ada Garisan Bawah Mata
“Siapa yang tak teringin? Sebagai pelakon saya mahu mewarnai portfolio lakonan dengan pelbagai jenis watak.
“Antara watak yang paling saya idamkan adakah karakter aksi. Selain itu nak bawa watak berpakaian seragam seperti askar kerana bapa saya sendiri pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Nazim berkata dia juga bersedia untuk melakukan perubahan imej jika ianya diperlukan bagi menjayakan watak.
“Mungkin ada persepsi dalam kalangan orang luar yang melihat saya terlalu menjaga penampilan dan tidak sanggup mengubah rupa demi watak.
“Itu hanyalah persepsi. Kalau watak itu memerlukan saya botak dan ia bersesuaian dengan jalan cerita serta mampu mengutkan karakter, kenapa tidak?” katanya.
Dalam pada itu, Nazim turut berharap agar diberikan peluang untuk buktikan kemampuannya dan dia yakin mampu menjayakan watak aksi.
“Mungkin orang belum nampak atau saya belum diberikan peluang. Berilah ruang dan peluang, saya akan buat.
“Selagi saya masih sihat dan mempunyai kudrat, saya harap akan diberikan peluang itu. Dengan pengalaman serta keyakinan diri yang ada sekarang, saya yakin mampu menjayakan watak sebegitu,” katanya.
Sumber: mStar Online






