Nedim Nazri minta henti kecam Nora Danish – “Jangan cari salah dia, sedang berubah jadi baik”

Nedim Nazri minta henti kecam Nora Danish – “Jangan cari salah dia, sedang berubah jadi baik”


Bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri, tampil meminta orang ramai agar tidak menghentam Nora susulan meninggalkan komen terhadap ciapannya di Threads, baru-baru ini.

Henti kecam Nora Danish

nedim nazri minta henti kecam nora danish

Screenshot

Menerusi hantaran terkini di platform itu, Nedim menegaskan bahawa teguran yang diberikan bekas isterinya adalah wajar dan patut difahami dengan hati terbuka.

Screenshot

“Betul la bekas isteri saya reply tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia menegaskan agar para peminat berhenti mengecam Nora dan menjelaskan bahawa pelakon itu sedang di fasa memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik!

“Kalau dia mengingati saya, alhamdulillah, dan kepada yang lain, bagi la jawapan yang korang nak bagi. Jangan persenda kan seseorang!” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji mereka berdua kerana saling memahami biarpun sudah tidak lagi bersama malah ada juga yang memuji hubungan mereka yang dilihat begitu baik setelah berpisah.

Bagus lelaki macam ni

Pelindung wanita

Gaduh-gaduh manja

Artikel lain: Ramadan bisnes ‘slow’? Nora Danish balas ciapan bekas suami – “Allah nak kita fokus ibadah”

Terdahulu, Nora memberikan pandangan berunsur nasihat berhubung ciapan bekas suaminya yang mendakwa bulan Ramadan menjadi sebab bisnes kurang mendapat sambutan.

Menurut Nora, keadaan itu mungkin satu peringatan untuk lebih memberi tumpuan kepada aspek kerohanian dan mendekatkan diri dengan Tuhan sepanjang bulan mulia.

Sumber: Threads boss_ned





Source link

OR

Scroll to Top