Nedim Nazri Tak Boleh Berdiam Diri Bila Nora Danish Dikecam – “Selagi Dia Belum Kahwin, Saya Akan Lindungi Habis-Habisan”

Nedim Nazri Tak Boleh Berdiam Diri Bila Nora Danish Dikecam – “Selagi Dia Belum Kahwin, Saya Akan Lindungi Habis-Habisan”


Usahawan, Nedim Nazri meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam bekas isterinya, pelakon Nora Danish di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned berkata dia tidak boleh berdiam diri apabila melihat Nora menerima kecaman daripada orang ramai.

Menurut Nedim, walaupun hubungan mereka sudah berakhir, dia tetap akan mempertahankan dan melindungi Nora daripada sebarang tohmahan.

“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun, tapi saya tak boleh terima orang kecam bekas isteri saya.

“Kalau tak percaya, tanyalah dia. Dia kenal saya. Jadi betul, saya akan lindungi dia habis-habisan,” katanya.

Bagaimanapun, Nedim menjelaskan dia akan berhenti berbuat demikian sekiranya Nora sudah berkahwin semula kerana merasakan perkara itu sudah melibatkan urusan peribadi aktres berkenaan.

“Kalau dia dah berkahwin, saya akan berhenti. Sebab itu dah melanggar urusan peribadi dia,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Nedim turut menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia masih tidak dapat melupakan bekas isterinya itu.

Sebaliknya, dia menegaskan tindakannya mempertahankan Nora dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang pernah berkongsi hidup dengan Nora.

“Jadi kepada yang kata saya tak boleh lupa bekas isteri saya itu, tak betul. Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya,” katanya.

Imbas kembali, Nedim dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2017 namun bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.



Source link

OR

Scroll to Top