Usahawan Nedim Nazri menjadi perhatian apabila memuat naik gambar pelakon Nadia Brian mengenakan gaun merah jambu.
Menerusi hantaran itu, Nedim turut menulis kata-kata romantis buat Nadia dengan mengatakan aktres itu menjadi sebab mengapa hari-hari buruknya tidak menang.
BACA: “Kami Sama-Sama Solo, Tiada Masalah Untuk Teruskan Hubungan Ini” – Nadia Brian

Sementara itu, Nadia turut dilihat membalas hantaran berkenaan dengan emoji hati biru di ruangan komen serta memuat naik semula di Insta Story.

Terdahulu, Nadia mengakui dia kini sedang mengenal hati budi bekas suami aktres Nora Danish itu.
Nadia berkata Nedim yang mengajaknya keluar makan serta menyifatkan usahawan itu seorang lelaki serta bapa penyayang dan mempunyai ciri-ciri idamannya.






