Neelofa Pasang Target Nak Hafal 70 Doa Nabi

Neelofa Pasang Target Nak Hafal 70 Doa Nabi


Selebriti terkenal, Neelofa berkongsikan dia dalam usaha untuk menghafal beberapa doa yang diamalkan oleh nabi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata dia memasang niat serta sasaran untuk menghafal sebanyak 70 doa nabi serta memahami maksudnya sehingga Disember ini.

BACA: Netizen Persoal Neelofa Kongsi Video Vaksin & Penyakit Dikalangan Kanak-Kanak

“Target nak hafal 70 doa Nabi. Ingat, hafal, lancar, baca dan faham makna by Disember. Sekarang mungkin ada 20 lebih baru dengan izin Allah,” katanya.

Sementara itu, Neelofa berkata perkongsian itu dibuat kerana mahu memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang baik serta mengajak pengikutnya untuk sama-sama berbuat demikian.

“Kenapa saya kongsi perkara ni? Untuk kongsi semangat. It is never too late to start. Asalkan ada semangat dan kemahuan. Jom sama-sama,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top