Nelydia Senrose Ulas Kenyataan Aprena Manrose Mengenai Zuriat – “Saya Sentiasa Doakan Untuk Dia & Semua Yang Menantikan Cahaya Mata”

Nelydia Senrose Ulas Kenyataan Aprena Manrose Mengenai Zuriat – “Saya Sentiasa Doakan Untuk Dia & Semua Yang Menantikan Cahaya Mata”


Pelakon, Datin Nelydia Senrose tampil menjelaskan kenyataannya berhubung isu zuriat yang dikaitkan dengan hantaran sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose baru-baru ini.

Menurut Nelydia, hantaran yang dibuat Aprena itu sebenarnya merujuk kepada perjalanan mereka yang  pada ketika itu sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

“Bila saya dan dia dah berkahwin, kami sama-sama menantikan kehadiran zuriat. Kita sama-sama in this journey itu sebenarnya maksud hantaran yang dibuat Aprena.

“Kiranya macam tahun pertama tak dapat lagi, tahun kedua pun masih serupa.. so we always talk about it tentang kesihatan, apa yang perlu kami buat?,” katanya.

Jelasnya, mereka berdua berkongsi pengalaman yang hampir serupa dalam usaha mendapatkan zuriat, sebelum dia dan suami diberikan rezeki untuk hamil.

“Threads nya itu bermaksud, selama ni kita ada topik yang sama untuk bercakap dan alhamdulillah, dah sampai masa Allah berikan saya keizinan untuk merasa kehamilan ini.

“Jadi saya faham perasaan dia. Dan pasal TTC journey itu, mungkin dia bermaksud pasal pengharapan kita sebelum ini yang kita sama-sama kongsikan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nelydia mengambil kesempatan menitipkan nasihat dan doa buat buat Aprena dan semua pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat.

Akuinya, amalan mendoakan kebaikan untuk orang lain juga mampu membuka pintu rezeki buat diri sendiri.

“Saya sentiasa mendoakan bukan untuk dia saja tetapi untuk semua orang yang masih menantikan cahaya mata.

“Saya sentiasa mendoakanlah benda tu sebab saya tahu perasaan macam mana bila kita berkahwin/bila sesebuah pasangan tu mestilah kita menantikan zuriat kita sendiri kan.

“Dan one of the reason juga saya berfikir,  mungkin salah satu asbab juga.. ni saya tak tahu lah maksudnya, tapi one of the asbab pun mungkin kalau kita mendoakan untuk orang, Allah akan mendoakan kita balik.

“Sebab tu saya rasa salah satu adalah kita sentiasa mendoakan untuk orang bukan untuk diri kita sahaja. Mendoakan kebaikan orang lain manalah tahu rezeki kita doa untuk orang tu, kita punya turn pula selepas itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Aprena atau pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman meluahkan menerusi platfrom Threads miliknya bahawa dia dan Nelydia pernah melalui proses Trying To Conceive (TTC) bersama-sama.

Namun, sepupunya itu kini sudah berbadan tetapi rezeki untuk dirinya menimang cahaya mata masih belum tiba.

Terdahulu, pada Selasa, Nelydia mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan sekali gus menyifatkan berita kehamilan itu hadir sebagai satu anugerah yang tidak pernah dijangka.

Artikel Berkaitan: Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Artikel Berkaitan:“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Artikel Berkaitan:Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama



Source link

OR

Scroll to Top