Nepal buat aduan mahu kemenangan Harimau Malaya dibatalkan

Nepal buat aduan mahu kemenangan Harimau Malaya dibatalkan


PERSATUAN Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mencabar keputusan kemenangan Malaysia 2–0 ke atas Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Pada perlawanan yang berlangsung pada 25 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Hevel dan Lavere Corbin-Ong sekali gus memastikan kemenangan buat skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, pada 26 September lalu, FIFA mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didakwa memalsukan dokumen tujuh pemain warisan yang digunakan dalam aksi kelayakan, termasuk Hector Hevel yang dturunkan pada perlawanan menentang Nepal itu.

“Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal telah memfailkan aduan terhadap Malaysia selepas Hector Hevel, salah seorang penjaring gol dalam kemenangan 2–0 itu, disahkan tidak layak oleh FIFA, sekali gus keputusan berkenaan berpotensi dibatalkan,” lapor The Guardian.

Sebelum ini, FIFA telah mengeluarkan dokumen penuh penghakiman yang mendedahkan asal usul sebenar tujuh pemain warisan negara yang digantung 12 bulan selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan serta pengubahan dokumen rasmi.

Selain Hevel, enam lagi pemain iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.

Ia selepas satu aduan diterima FIFA selepas kemenangan ke atas Vietnam dengan kesemua pemain warisan itu disenaraikan dalam aksi kedua kelayakan menentang Vietnam yang menyaksikan Malaysia menang 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini telah mengemukakan rayuan kepada FIFA dan sedang menanti keputusan daripada badan induk bola sepak dunia itu.

Ringkasan AI

  • Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) mengadu kepada FIFA tentang kemenangan Malaysia 2-0 atas Nepal untuk Kelayakan Piala Asia 2027
  • Dua gol Malaysia dicetak oleh Hevel dan Lavere Corbin-Ong
  • FIFA membatalkan hasil pertandingan kerana tuduhan pemalsuan dokumen tujuh pemain naturalisasi Malaysia termasuk Hector Hevel
  • Salah satu sebab aduan oleh ANFA adalah penjaring gol, Hector Hevel, tidak layak bermain menurut FIFA
  • FAM telah mengemukakan rayuan kepada FIFA berkaitan hukuman yang dikenakan



Source link

OR

Scroll to Top