Pelakon Yusuf Bahrin memberi amaran kepada individu susulan tuduhan mengaitkan punca keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana disebabkan aktres Alya Iman.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa Alya Iman seolah menjadi punca perceraian pasangan itu.
BACA: Yusuf Baharin, Zizi Kirana Sah Bercerai Talak Satu

Membalas hantaran individu itu, Yusuf berkata dia mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan serta memberi amaran agar ianya dipadam dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
“Aku dah ada details kau. Kalau kau tak delete posting bodoh kau ni aku akan ambik tindakan undang-undang dan saman,” tulisnya.
Tahun lalu, Alya mengakui terkejut apabila ada peminat Zizi dan Yusuf menyerangnya di TikTok serta dituduh menjadi punca pergolakan pasangan selebriti itu.
Alya menyangkal dakwaan tersebut serta mengatakan dia tiada kena mengena dengan rumah tangga pasangan berkenaan.
Sementara itu, Alya berkata dia sentiasa berusaha membersihkan nama baiknya selepas pernah dikaitkan dengan kes penyondol sebelum ini.






