Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian apabila timbul dakwaan di media sosial kononnya dia menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar.
Menerusi satu hantaran di Threads, netizen terlebih dahulu ‘menyiasat’ susulan aksesori yang dipakai oleh lelaki dalam hantaran dimuat naik Ameera.
BACA: Padam Gambar, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Cinta?

Dalam hantaran berkenaan, individu tersebut turut memuat naik hantaran Ameera memaparkan seorang lelaki yang tidak didedahkan mengenakan rantai yang didakwa sama dipakai oleh Tengku Bakar.

Pada November lalu, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila memadam gambar bersama kekasihnya, Jefri Nichol di Instagram.
Malah, gambar bersama Ameera juga dilihat sudah tiada di Instagram milik pelakon Indonesia itu juga sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.






