Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Mirip Kepala Kambing?

Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Mirip Kepala Kambing?

Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Mirip Kepala Kambing?


Seorang individu memuat naik hantaran meluahkan rasa meragukan berkenaan corak pada sejadah Naelofar milik selebriti Neelofa.

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan turut memuat naik gambar corak sejadah berkenaan serta berpendapat ianya tidak boleh dipandang remeh.

BACA: Tak Mudah Tinggalkan Dunia Glamor, Neelofa Pilih Hidup Tenang Lepas Berkahwin

“Mengenai isu sejadah Naelofar. Ada yang panggil saya bod*h, ada yang cakap “it’s just a mere design” dan ada yang kata ia adalah pareidolia.  Tak kisah la apa pun, apabila nampak dgn jelas dan was was maka hukumnya haram!” tulisnya.

Sementara itu, individu tersebut turut memberi pandangannya berkaitan akidah serta tidak peduli jika ada yang mengatakan dirinya kolot.

“Sejadah ini tempat kita nak sujud ketika solat. Tanya iman masing-masing. Ini soal akidah!  Gelaklah, nak kata saya ni kolot ke, atau nak cuba ‘sekolah’kan saya ke, silakan. Saya tak kisah. Mungkin dah tiba masanya korang pula yang check balik iman masing-masing,” katanya.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada syarikat berkenaan berhubung isu yang hangat diperkatakan itu.






Source link

OR

Scroll to Top