Pelakon, Nur Fazura meluahkan rasa kesal apabila nama sahabatnya yang dikenali sebagai Chot menjadi sasaran kecaman segelintir pihak di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, menegaskan Chot adalah figura lelaki yang amat bertanggungjawab, terutamanya dalam menjaga dan menguruskan anak perempuannya, Fatima.

“Siapa berani sentuh Chot saya ni? Untuk pengetahuan, dia dah bersama saya selama 17 tahun. Menjaga Fatima dari anak saya dalam perut.
“Menjadi satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah saya selama ini yang ada sifat tanggungjawab dari belikan susu, pampers, dan segala keperluan Fatima.
“Ganti bulb lampu hingga tolong tukar tayar kereta orang lain yang orang itu sendiri pun tak mampu nak buat.
“Bila Fatima sakit, Chot juga yang drive!,” katanya mempertahankan Chot.
Dalam masa sama, Fazura turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar berwaspada dalam percakapan kerana bimbang hanya akan memberi kesan pada diri sendiri kelak.
“Jadi, berhati-hati bila bercakap. Jangan sampai akan makan diri sendiri pula,” katanya.






