Netizen Kecam Harris Alif ‘Bersayang, ‘I Love You’ Dengan Wanita Lain Dalam Game

Netizen Kecam Harris Alif ‘Bersayang, ‘I Love You’ Dengan Wanita Lain Dalam Game


Nama pelakon dan penyanyi Harris Alif menjadi perhatian apabila didakwa berkelakuan tidak wajar ketika menghasilkan kandungan permainan atas talian.

Menerusi satu hantaran seorang pengguna Threads, individu itu mendakwa suami kepada Intan Ladyana mengucapkan kata-kata romantik kepada wanita lain.

BACA: Harris Alif Dedah Digoda Wanita Lain Termasuk Rakan Artis

“Suami Intan Ladyana tu sumpah la tak ada common sense buat konten permainan GTA ber I love you dengan perempuan tyaedros tu. Kalau game pun, terang terang la dia cheating. Siapa yang anggap perkara ini normal tolong periksa otak,” katanya.

Sementara itu, individu tersebut mengatakan ini bukan lakonan dalam drama serta mendakwa pelakon pun boleh berlaku curang apatah lagi konten yang dicipta sendiri.

Diruangan komen, rata-rata netizen lain mendakwa situasi sama pernah berlaku sebelum ini, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.






Source link

OR

Scroll to Top