Tindakan penyanyi Nubhan yang mengeluarkan barangan peribadi milik bekas isterinya, Dr Fie bersama anak-anak dari rumah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Susulan isu tersebut, ada netizen mahu melancarkan gerakan boikot terhadap penyanyi itu serta mendesak agar Nubhan disingkirkan sebagai peserta program realiti, Gegar Vaganza musim ke-12.
BACA: “Dakwaan Barang Peribadi Dicampak Keluar Tidak Benar” – Peguam Nubhan
Malah, ramai berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku apatah lagi bekas isterinya bersama anak-anak kini bercuti di luar negara.
Sementara itu, ada yang mengatakan mereka tidak mahu Nubhan dinobat sebagai juara serta ada yang tidak mahu menonton program berkenaan kerana penyanyi itu.







