Nama pelakon jelita, Uqasha Senrose hangat menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini susulan konflik rumah tangganya bersama aktor, Kamal Adli yang kini di ambang perceraian.
Menerusi platform Threads, sebuah ciapan mencuri perhatian ramai yang secara terbuka telah tampil memberikan nasihat secara terus kepada Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Individu tersebut menasihati Uqasha untuk mempelajari erti bersyukur, sekali gus menjelaskan fasa dilaluinya itu adalah perkara normal yang boleh disifatkan sebagai ‘asam garam’ dalam hubungan suami isteri.
“Maaf la Uqasha, belajar lah bersyukur. Semua orang akan rasa fasa-fasa tertentu dalam perkahwinan. Ada yang lebih teruk dari kamu, tapi bila ikhlas dalam perhubungan tu ada, insya-Allah, semua itu sanggup diharungi bersama walau susah dan senang,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pandangan peribadi individu tersebut, namun ada juga segelintir pihak yang mempertahankan Uqasha.

Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap Kamal pada Oktober lalu.
Namun begitu, Kamal menegaskan dia mahu menyelamatkan rumah tangganya daripada berlaku perpisahan
Artikel Berkaitan: Netizen Sepakat Banjiri Ruangan Komen Uqasha Senrose, ‘Bantu’ Kamal Adli Pujuk Isteri – “Dia Sayang Awak, Jangan Cerai…”
Artikel Berkaitan: Tampil Pertahankan Uqasha Senrose, Netizen Puji Kamal Adli Suami ‘Green Flag’ – “Bagus Dia ‘Protect’ Isteri”
Artikel Berkaitan: “Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik
Artikel Berkaitan: “Semua Orang Tahu Saya Memang Seorang Diri Semasa Mengandung Sebab Dia Kerja ‘Back To Back’” – Uqasha Senrose






