Netizen Persoal Neelofa Kongsi Video Vaksin & Penyakit Dikalangan Kanak-Kanak

Netizen Persoal Neelofa Kongsi Video Vaksin & Penyakit Dikalangan Kanak-Kanak

Netizen Persoal Neelofa Kongsi Video Vaksin & Penyakit Dikalangan Kanak-Kanak


Baru-baru ini, perkongsian selebriti terkenal Neelofa menjadi perhatian apabila memuat naik video kajian berkenaan vaksin dan penyakit di kalangan kanak-kanak.

Menerusi video dikongsikan di Instagram @herbalwellnessmama itu, peguam Aaron Siri mendedahkan kajian tersebut tidak dibenarkan untuk orang ramai untuk tahu.

BACA: Netizen Persoal Harga Kelas Ilmu Neelofa & Suami RM850

Perkongsian Neelofa di Insta Story itu, mendapat perhatian seorang individu yang mempersoalkan tindakan selebriti itu berkongsikan video berkenaan di media sosial. 

Dalam hantaran di Threads, individu itu turut mengatakan kajian berkenaan memaparkan kanak-kanak yang divaksin lebih mudah dapat penyakit berbanding yang tidak divaksin. 

Bagaimanapun, individu itu berkata kajian itu masih berada di peringkat awal dan datanya agak lemah serta mempersoalkan mengenai tindakan Neelofa berkongsikan di media sosial tanpa menyemak fakta terlebih duhulu.

Hantaran individu itu juga turut mendapat reaksi daripada seorang netizen lain yang mendakwa kajian tersebut tidak pernah diterbitkan di mana-mana jurnal saintifik serta mendakwa kajian itu berat sebelah dan tidak telus.






Source link

OR

Scroll to Top