Netizen Puji Atikah Suhaime Jemput Anak-Anak Yatim Rai Hari Lahir Mulan

Netizen Puji Atikah Suhaime Jemput Anak-Anak Yatim Rai Hari Lahir Mulan


Baru-baru ini pelakon Datin Atikah Suhaimi berkongsikan momen menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Lyla Mulan Teh kini berusia setahun.

Menerusi video dikongsikan, Atikah dan suami memilih untuk meraikan majlis tersebut bersama 50 orang anak-anak yatim.

BACA: “Mulan Dah Sempurna” – Atikah Suhaime Tak Rancang Tambah Anak 

“Mulan sangat extrovert, macam daday dia sangat suka ramai kawan. Jadi, kami jemput 50 orang anak-anak yatim untuk meriahkan hari lahir Mulan. Suami tempah buffet untuk semua,” katanya.

Perkongsian Atikah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pasangan itu berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac 2025.






Source link

OR

Scroll to Top