mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persembahan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida yang menyanyikan lagu Jomblo Happy nyanyian asal kumpulan Gamma1z di sebuah majlis, baru-baru ini mendapat pujian netizen.
Dalam video itu, nyanyian Aliff langsung tidak sumbang dan dia mampu menyanyikan lagu itu dengan baik serta tidak sumbang seperti kebanyakan dakwaan terhadapnya sebelum ini.
Ia sekali gus mengubah pandangan negatif netizen terhadap Aliff yang selama ini sering dikecam, dipermainkan dan diperlekeh kerana menyanyi sumbang.
Ramai memuji suara Aliff yang nampak lain ketika menyanyikan lagu itu.
“Eh, tak sangka! Sedap pula suara dia kali ni. Lain dari sebelum ni.
” Rupanya Dato’ hanya pura-pura sumbang selama ni.
“Telinga aku rosak ke ni first time dengar dato nyanyi sedap.
“Datin senyap-senyap je tak keluarkan lagu. Rupanya datin lagi terer nyanyi.
“Elok suara dato, ke datin dah warning siap siap jangan buat suara kepit.
“Okay je suara datuk ni sebenar tapi dia nak buat lawak untuk kita je.
” Lahhh okay pulak nyanyi orang tua ni,” antara komen yang ditulis mereka.
Terdahulu, Aliff sering tampil dengan kejutan menerusi lagu bertema Hari Raya setiap kali ketibaan Syawal antaranya Chu Ku Chuk Raya pada 2023 dan Lagi Lagi Raya tahun lalu.
Tahun ini, Aliff tampil dengan lagu Raya ya ya secara berduet dengan Iman Troye.
© New Straits Times Press (M) Bhd