Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita kembali menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini susulan penampilannya yang dianggap mencolok mata.
Menerusi perkongsian di TikTok, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talia Zahra memuat naik video memperlihatkan dirinya mengenakan busana berona merah jambu dengan potongan ‘off-shoulder’.
@tfrvett SHE CANTIKK
Bagaimanapun, penampilan remaja berusia 13 tahun itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata tampil menegur dan meluahkan rasa kurang senang kerana beranggapan pakaian tersebut kurang sesuai dengan usianya.
Malah, terdapat individu yang cuba menasihatinya secara terbuka sehingga membuatkan Thalita berasa terkilan.
Namun, dia dilihat membalas teguran itu dengan tenang apabila memuat naik tangkap layar hujah berkaitan ajaran Rasulullah sebagai respons terhadap komen berkenaan.

Dalam pada itu, ibu tirinya, Watie Hanifiah tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik isu berkenaan. Menurutnya, berlaku kesilapan pada tempahan baju tersebut dan rekaan asalnya bukan seperti yang dipaparkan.
“Kes hari itu, baju itu sebenarnya tidak diminta seperti itu. Tetapi potongannya terjatuh sedikit ke bawah. Pada hari kejadian pun memang ramai yang menegur termasuk ahli keluarga.
“Daddy juga ada menegur dan berharap Thalita tidak lagi memakai pakaian sebegitu kerana usianya masih muda. Semua pakaian Thalita memang saya yang uruskan,” katanya.
@ven0om15
Isu berkenaan sekali lagi membuka perbincangan dalam kalangan netizen mengenai batas pemakaian sesuai untuk remaja, khususnya apabila membabitkan anak selebriti yang sentiasa menjadi perhatian umum.






