Netizen Terkejut Mimi Lana Makan Nasi Sedikit – “Patutlah Kurus, Mesti Beras Kat Rumah Lambat Habis”

Netizen Terkejut Mimi Lana Makan Nasi Sedikit – “Patutlah Kurus, Mesti Beras Kat Rumah Lambat Habis”


Pelakon popular, Mimi Lana, sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila sebuah video tular memaparkan dirinya mengambil kuantiti makanan yang agak sedikit.

Menerusi rakaman di platform TikTok, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, hanya mengambil nasi dipercayai kurang daripada satu senduk bersama beberapa hidangan sampingan.

Menariknya, suaminya, aktor terkenal Syafiq Kyle, dilihat turut menjaga pemakanannya dengan teliti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kuantiti makanan pasangan ini yang dianggap terlalu sedikit.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan beras di rumah Syafiq seakan tidak berkurang kerana mereka tidak mengambil nasi terlalu banyak.

Namun begitu, tidak kurang juga peminat yang memahami gaya hidup Mimi Lana.

Ramai berpendapat inilah antara rahsia bentuk badan slim dan langsing aktres drama Perempuan Itu, yang sentiasa menjaga pemakanannya dengan disiplin.

@rosixomar25

Citer sini hbs sini! #rosixomar #syafiqkyle #mimilana

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar





Source link

OR

Scroll to Top